Wednesday, January 19, 2011

Syarat Untuk Rasa Kesyukuran Memberi Kesan Di Dalam Hati

1.Ketenangan
2.Kemaafan.

Latih diri untuk bertenang-tenang selalu. Kelam-kabut dan gusar adalah sifat negatif kerana ia dikaitkan dengan sifat syaitan. Ketenangan dan kedamaian hati adalah sifat positif kerana ia dikaitkan dengan sifat malaikat juga sifat orang-orang soleh.

Bila Anda duduk, berdiri, berbaring, memandu, buat sesuatu kerja atau sedang bersantai-santai di depan tv, cuba buat sambil bertenang iaitu dengan relakskan diri. Jika Anda sudah merasa relaks, cuba untuk merasa lebih relaks, kemudian lebih relaks lagi dari yang tadi.

Elak sikap suka menyindir dan sikap melepas geram (atau rasa tidak puas hati) melalui sindiran kerana itu akan menghapuskan rasa kegembiraan Anda, ibarat nila setitik hancur santan sebelanga. Tiap kali Anda membina Senarai Kesyukuran atau Nota Terima Kasih, ia tidak akan memberi kesan apa-apa di hati, kesyukuran yang Anda ucap bagai terhalang-halang jadinya.

Maafkan kesalahan orang lain pada Anda. Maafkan, lupakan, let it go!. Rasa marah ibarat batu besar yang tak berhenti jatuh satu persatu dari atas tatkala mendaki ke puncak bukit. Pilihlah untuk menjadi insan pemaaf sebab Anda akan jadi lebih gembira, lebih bahagia. Syaratnya, jangan ingat selalu perkara-perkara menyakitkan hati, tapi ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri kemudian lafazkan ‘terima kasih Allah’. Hati lebih happy, tak gitu?

No comments:

Post a Comment