“if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart – Andrew Matthews.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.
Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.
Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda.
Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran. Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.
Wednesday, January 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment