1. Fikir balik hala tuju hidup Anda.
Fikir tentang diri Anda sendiri. Adakah Anda ni orang yag berguna atau seseorang yang cukup menyusahkan orang lain? Kaji balik perilaku Anda selama ini dan fikirkan respon orang-orang sekeliling terhadap perangai Anda.
2. Anda seorang yang rajin atau malas?
Anda jadi beku untuk berubah sebab Anda tak kenal pasti Anda ni orangnya rajin atau malas. Tanya diri Anda sendiri, selama ni adakah Anda seornag yang rajin, atau seorang yang malas?
Jika rajin, apa buktinya? Jikalau malas, apa buktinya?
Mana yang lebih banyak – malas atau rajin?
Apabila Anda dapat yang Anda tak tahu apa hala tuju hidup Anda, Anda tiada azam, matlamat ataupun cita-cita, inilah masanya untuk ubah diri. Set apa yang Anda mahu capai.
Ubah sikap menjadi rajin. Apabila Anda dapati Anda seorang yang rajin dan Anda pernah mendengar orang sekeliling Anda kata Anda rajin, upgrade diri Anda menjadi semakin rajin.
Jika Anda seornag malas dan suka ambil jalan mudah, mulai sekarang ubah sikap menjadi proaktif. Buktikan pada orang sekeliling Anda bukan pemalas selama-lamanya.
Anda juga punya hak untuk berjaya.
Wednesday, January 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment