Wednesday, January 19, 2011

Motivasi Dalam Memberi Dan Menerima.

Sebagai orang Melayu beragama Islam, persahabatan sentiasa membuat Anda bersemangat. Kata lain, ini dipanggil ikhwan. Anda akan makin bersemangat apabila Anda melihat sahabat Anda turut bersemangat.

Agama kita memberi prioriti pada persahabatan, bahkan memberi ganjaran apabila sesuatu dilakukan secara bersama-sama, tepatnya secara berjemaah.

Pahala sembahyang 27 kali ganda lebih banyak dari pahala sembahyang bersendirian. Hal ini boleh Anda adaptasi dalam usaha memburu impian. Dalam usaha nak berjaya,pasti ganjarannya lebih besar serta lebih bermakna apabila Anda mengusahakannya bersama-sama sahabat Anda.

Dalam perniagaan, pelajaran, kerjaya dan kekeluargaan, persahabatan memainkan peranan penting. Berushaa sendiri memang boleh, tapi Anda tak akan dapat mengelak dari bertanya pada orang lain serta belajar benda baru daripada orang lain. Dalam bersama-sama berusaha, Anda memberi idea dan menerima idea baru dari sahabat Anda. Anda memberi cadangan pada sahabat Anda, kemudian menerima cadangan dari sahabat Anda pula. Ini dipanggil give and take.

Kejayaan kami terletak pada kejayaan Anda. Anda berjaya, itulah kepuasan terhebat buat kami di sini. Kami mahu berjaya seperti Anda. Ilmu-ilmu kejayaan yang kami jumpa dalam perjalanan merealisasikan impian, kami kongsikan di blog ini supaya Anda turut sama berjaya mencapai impian Anda, walau apa pun ia, walau sebesar manapun ia!

Bersahabatlah walau di manapun jua Anda berada. Kegembiraan dan kejayaan jadi lebih manis apabila Anda merasainya bersama orang-orang di sekeliling Anda.

No comments:

Post a Comment