Hari Valentine adalah hari ‘special’ untuk orang-orang bercinta. Tapi kan, kenapa nak tunggu Hari Valentine selama setahun semata-mata untuk meraikan hari ‘special’ meraikan cinta? Sebenarnya setiap hari yang Anda lalui, hari-haripun boleh dijadikan Hari Valentine.
Isu paling hangat tiap kali tiba Hari Valentine ni adalah isu halal atau haram menyambutnya. Hari Valentine hanya nama kepada sebuah hari, yang jika dikaji dari sejarahnya diambil dari nama seorang Paderi Kristian. Tak salah nak sambut, juga tak salah jika tak sambut. Salah atau tak salah, terpulang pada Anda.
Cinta sepatutnya diraikan dan dispecialkan setiap hari bukan hanya pada Hari Valentine saja. Setiap hari adalah hari terbaik untuk Anda bercinta. Baik atau tak baiknya hari untuk meraikan cinta ni bergantung pada nawaitu (niat) Anda bersama pasangan Anda.
Sebaik-baik cara untuk meraikan cinta adalah dengan bersembahyang bersama pasangan tanda kesyukuran Anda kepada Allah. Sebaik-baik cara untuk bercinta adalah cinta yang disandarkan kepada Allah.
Cemana nak bercinta kerana Allah? Jawapannya, cintai seseorang dengan niat mahu membahagiakan dia, supaya rasa bahagia yang Anda perolehi dari mencintai dirinya mendorong Anda jadi semakin bersyukur kerana ditemukan dengannya lantas menambah semangat untuk Anda beribadah dengan lebih rajin kepada Allah. Cinta kepada Allah terhasil dari rasa kesyukuran yang terbit dari kebahagiaan bercinta. Cuba dengar lagu Maher Zain bertajuk “For The Rest Of My Life” untuk memahami cemana bestnya bercinta kerana Allah.
Cinta kerana Allah merupakan perbuatan apabila Anda mencintai seseorang dengan niat menjadikan cinta Anda kepadanya satu ibadah buat Anda. Anda mencintai dia sehabis baik, berusaha membahagiakan dirinya supaya moga dengan itu Allah memberi pahala atas perbuatan Anda. Moga dari perbuatan Anda itu, hidup Anda dilimpahi cahaya rahmah, membawa masuk sinar keberkatan ke dalam rumah tangga yang Anda bina. Inilah yang kami maksudkan dengan cinta kerana Allah.
Cinta kerana Allah diisi dengan cahaya ibadah. Anda dan si dia bersama-sama melaksanakan ibadah dengan niat menjaga hubungan dnegan Allah juga untuk meningkatkan takwa. Alangkah baiknya dapat menikmati kebahagiaan bercinta dengan membaca Al-Quran bersama-sama, ke masjid bersama-sama, bernikah sebagai ibadah kepada Allah, saling bahagia-membahagiakan sebagai ibadah kepada Allah.
Hari Valentine hanyalah sebuah hari. Baik atau buruknya Hari Valentine ni bergantung pada cemana Anda memandangnya.
Bagi kami di iMotivasi, Hari Valentine hanyalah sebuah hari biasa cuma ia didedikasikan untuk orang bercinta. Usahlah kita berbahas dari segi teori, dari segi kajian halal haramnya Hari Valentine ni sebab buang masa saja. Lebih baik gunakan masa yang ada untuk mengkaji sejauh mana dah sumbangan kita dalam bercinta.
Adakah Anda pecinta terbaik untuk si dia, kekasih hati Anda?
Cemana cinta Anda pada Allah? Masih maintain atau putus-putus?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment