Sunday, November 28, 2010

Keluar dari zon selesa




Petua untuk keluar daripada zon selesa

1. Muhasabah diri

Lakukan penilaian (muhasabah) diri untuk mengenal pasti adakah anda berada di zon selesa. Jika segalanya yang anda ingin telah anda perolehi dan tiada lagi keinginan untuk berusaha atau mengubah hidup anda, maka anda telah berada di dalam zon selesa yang amat dalam.


2. Kesedaran diri

Kesedaran diri akan muncul jika anda benar-benar ikhlas di dalam menilai diri anda. Kesedaran diri ini akan membantu anda untuk mengetahui apakah yang anda ingin ubah atau apakah yang perlu anda usahakan untuk keluar daripada zon selesa anda.


3. Kemahuan diri

Kemahuan diri adalah keinginan anda secara bebas tanpa paksaan untuk mengubah norma-norma kebiasaan sebagai langkah untuk keluar daripada zon selesa. Kemahuan diri juga akan membantu anda untuk mengetahui perkara baru yang anda inginkan dalam hidup anda.


4. Keyakinan diri

Keyakinan diri amat penting di dalam usaha untuk mengubah diri dan keluar dari zon selesa. Keyakinan dapat membantu anda untuk mempercayai bahawa anda berupaya untuk melakukan atau mencapai sesuatu yang belum pernah anda lakukan sebelum ini.


5. Nilai diri

Nilai atau prinsip diri yang teguh akan mengukuhkan kepercayaan anda untuk bertindak keluar daripada zon selesa. Bagi beragama Islam, kepercayaan terhadap nilai-nilai ajaran Islam akan memudahkan proses penghijrahan (perpindahan) daripada satu tahap kehidupan kepada yang lebih baik.


6. Tindakan

Tindakan adalah perkara utama yang perlu dilakukan untuk keluarkan diri daripada zon selesa. Kesedaran, kemahuan, keyakinan dan nilai diri hanya dapat berfungsi dan bermakna jika anda bertindak melakukan perubahan diri.

Al-kisah : Arnab... Kura-kura... Semut




Pada suatu hari, kura2 sedang mencari makanan.
Dia ternampak sebatang pokok pisang yang lebat berbuah.
Sebiji pisang yg gugur kelihatan dibawahnya.
Belum sempat dia mendapatkan pisang itu, tiba2 arnab datang dan terus memakan pisang tersebut.

Kura2 menjadi marah. Dia mahu menggigit kaki arnab.
Arnab bersedia dan mahu menendang kura2.

"Berhenti! Kenapa ini?" tiba2 suara sang kancil memarahi kedua haiwan yg bergaduh itu.

Arnab dan kura2 masing2 menceritakan kejadian tadi.

"Aku yang berhak! Aku nampak pisang itu dulu!" kata Kura2.

"Aku juga nampak dulu! dan Aku yang sampai dulu!" kata Arnab.

"Beginilah. Apa kata kita buat satu pertandingan. Lumba lari. Siapa yang sampai dulu, dia yang akan mendapatkan seluruh pisang yang ada di pokok pisang ini." kata Sang kancil.

"Baiklah, kami setuju!" serentak kura2 dan arnab bekata.

"Tunggu!!!Kami pun mahu ikut serta! Jangan tinggalkan kami!" dari kejauhan terdengar suara.

"Jangan tinggalkan kami. Biarlah kami turut bertanding" kata semut hitam dan semut kuning.

"Hahahah..." kura2 dan arnab tergelak.

"Kamu, semut...kulit pisang sahaja yg kamu boleh dapat sebagai hadiah.tak kira kamu menang atau kalah...hahahah"..gelak kura2.

"Ya...itu sahaja..sebagai pencacai sisa makanan kami. Itulah nasib kamu haiwan pendatang"..tambah arnab pula dalam nada menghina.

Semut hanya diam dan bersabar.

Maka perlumbaan pun bermula. Arnab bermula laju. Akhirnya dia tiba di sebatang pokok. Arnab tertidur.

Kura2 berjalan perlahan2 dan memintas arnab yang tertidur. Semut pula amat jauh ketinggalan di belakang.

Arnab tersedar, dia terus mengejar kura dan memintasnya...mereka berlumba kembali sambil cabar mencabar dan hina menghina.

Semut pula sudah tertinggal sangat jauh.

Setelah berhari2 berjalan, arnab dan kura2 berasa amat letih. Mereka bercadang untuk sama2 berdamai dan tidak mahu bergaduh lagi. dan mereka sama mahu bekerjasama dan berkongsi makanan.

Kemudian mereka kembali ke tempat mereka berjumpa dengan sang kancil.

alangkah terkejutnya kura2 dan arnab apabila mendapati keseluruhan pokok pisang itu telah dipenuhi dengan semut hitam dan semut kuning.

"Apa ni kancil??? mengapa mereka yang jauh di belakang tetapi mereka yang dapat hadiah???" tanya arnab.

Sang Kancil pun menerangkan......

" Maafkan aku. Aku hanya sebagai pengadil, dan aku hanya sebagai pemegang amanah hadiah ini.

Memang semut yang layak mendapat pokok ini.

1 - Kamu berlumba, kamu menuju ke matlamat dan penamat perlumbaan kamu, tetapi kamu lupa bertanya pada aku apakah lokasi penamat kamu itu sebenarnya.

2 - Kamu berjalan dan berjalan, berlumba dan berlumba, dan melakukan perkara yang sama hari2. sedangkan semut berlumba dan dalam masa yg sama merancang utk melakukan lebih byk perkara yg berlainan dan juga mengumpulkan kekuatan koloninya.

3 - Kamu hanya memikirkan matlamat akhir, tetapi terlupa pada matlamat2 kecil untuk menuju matlamat akhir itu."

Kura2 dan arnab sugul. Kemudian bertanya kepada Sang kancil.

"Jadi...bagaimana kami boleh mendapatkan kembali pohon pisang itu?"

Dengan sinis Sang kancil menjawab..."itulah kamu...sibuk memikirkan rezeki dari sebatang pokok sahaja,dan seolah2 tidak yakin bahawa Allah memberi rezeki juga dari pelbagai pokok dan sumber yang lain!,,semut telah memiliki keseluruhan kawasan lembah yang subur ini! Kamu cuba mempunyai pilihan untuk mencari rezeki dari sumber dan tempat yang lain,,,diseberang sana ada lagi tanah yg boleh kamu suburkan dan bangunkan sebagai sumber rezeki kamu...atau..."

"atau apa?" tanya kura2 dan arnab dgn penuh rasa ingin tahu

"atau kamu terpaksa bekerja dengan semut..."

--------- 1 tahun
------------ 2 tahun
----------------3 tahun ..kemudian

Kura2 bekerja dengan semut hitam manakala arnab bekerja dengan semut kuning.

Sang kancil bertanya kepada mereka berdua...
"Apa yang menyebabkan kamu masih disini sedangkan semut telah membangunkan tanah usang yg tidak subur diseberang sana?"

"Kami selesa disini,,walaupun serba kekurangan, tetapi kami tetap hidup..." kata arnab dalam nada yg masih sombong.

"Kancil..sebenarnya...kami...tidak mempunyai keyakinan...maka, kami terpaksa bekerja dengan semut,,kerana keyakinan kami hanyalah pada sebatang pokok pisang ini sahaja..."..akhirnya kura2 mengaku apakah punca mereka masih ditakuk lama...

TAMMAT.

Kesimpulannya...

- kena tahu matlamat, mesti jelas dan tepat.
- kena yakin dgn matlamat.
- kena plan dan ikut plan utk capai matlamat.
- yg paling penting sblm apa2 pun,,,kena yakin rezeki tu bukan dari sebatang pokok pisang shj.

....
analogi - kancil = bank negara. (..assumption shj)....yg lain2...:p

Ambillah waktu...





Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.



Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.



Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.



Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.



Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.



Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.



Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.



Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.



Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Hari ini..........

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

7 Ciri Positif Orang Berjaya

1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat berusaha.
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin – apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.

2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan.
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!

Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.

Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan.

Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.

3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan.

Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, “Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh”.

Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.

4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.
Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”.

Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.

Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan.
Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar – sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.

Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis – menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain.
Orang-orang yang bersikap positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu?

Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud “Don’t overstay.” “Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan.”

7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh.
“Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut.” Bidalan – Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari
dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Dipetik dari FitrahPower

Falsafah Cinta

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat . Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai , walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa kecewa....