Tuesday, August 31, 2010
Dup Dap Dup Dap menjelang Raya
1st September 2010
Wah indak sedar 1 september uda pla owh...haiyo cepat sangat masa berlalu ni. Hampir setahun uda special relationship kami urang..hehe...entah dia ingat kah tidak ah...haiyo ni yg buat sa dup dap dup dap ni...entah kenapa sa rasa kepulangan dia ni bulan mcm akan membawa perubahan dlm hidup saya..haiya adakah itu hanya perasaan saya sahaja atau pun mmg benar2 berlaku???????
Kalaulah benar2 berlaku, entah apalah perasaan saya...happy,cuak,gabrah,takut...ehhhh macam2lah...apa yg pasti saya sangat keliru sekarang ni...tulah siapa suruh bagi harapan sama orng kan nah skrg apa mcm??? bukan niat sa bah mau kasi main prasaan orang tp bila uda jadi mcm ni sa pula yg takut....oh God please help me...
10hb dan 11hb raya uda haiya that's mean dia balik b4 that lah tu kan....arghhhh saya takut banget ni...apa yg saya perlu buat??? yang saya takut sangat adalah dia bawah ibu bapa dia p rumah..."merisik" arghhh saya tak bleh dgr itu perkataan.....takut sangat2....
tp klau bulan ni tiada apa2 yg berlaku saya happy juga supaya saya lebih bersedia bah kan..hehehe...yg buat saya tidak yakin adalah kerana dia di KL bah...apa yg saya mau buat ni....takkanlah saya dan dia berjauhan slalu..haiya...susahlah klau mcm ni...apa2 pun seorang dari kami harus berkorban...mmg saya juga yg harus berkorban tu kan..percayalah...mmg saya juga tu..tp takpe bha sebab saya mmg benar2 sinta dia...hehehe...chewah...apa2 pun tunggu ja lah apa yang bakal berlaku nanti sbb saya rasa mmg ada yg bakal berlaku ni nanti..hehe...harap2lah kan....
Bha nanti saya update lagi nanti bila uda sampai masanya kelak....saya mau ucap "Selamat Hari Raya pada semua kawan2 saya...Maaf Zahir n Batin :)(8 hari lagi bha bru Hari Raya)
Tuesday, August 10, 2010
Antara Pisang dan Hati
“PISANG DAN HATI”
Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari… Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
‘Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya’ beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
‘ Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?’ tanya Cikgu Maryam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk .
‘Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu’ beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!
PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA:
• Jauhi perasaan hasad dengki, menjadi batu api, cucuk menyucuk kepada orang lain dan kawan sendiri, selalu mengadu-ngadu dan membuat fitnah atas perkara yang remeh dan kecil. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina dalam hidup.
• KAMU tidak akan bahagia dalam kehidupan. Dan jangan lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mendengar.Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu MahaMengetahui. InsyaAllah sumpahan KAMU dengan nama Allah akan mendapat balasan di dunia ini juga.. bukan untuk di akhirat nanti…. kerana kamu mempermainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganiayai seseorang.. dan
INGATLAH SESUNGGUHNYA DOA ORANG TERANIAYA SELALU NYA DIMAKBULKAN…..
“Warnakan diri dengan keikhlasan..lukiskan diri dengan senyuman. Gambarkan wajah dengan kemuliaan. Lakarkan budi dihati dengan kesucian”
Subscribe to:
Posts (Atom)