Tuesday, March 30, 2010
Bukit Cinta Pada Pasangan
BIARPUN MENCINTAI PASANGAN SEPENUH HATI, NAMUN ADA KALANYA RASA CINTA YANG BERKORBAR DI JIWA ITU DIRAGUI. MUNGKIN KERANA SIKAP ANDA YANG SELAMBA ATAU TIDAK PERNAH MEMPAMERKAN PERASAAN AKHIRNYA MEMBUATKAN PASANGAN WAS-WAS TERHADAP PERASAAN ANDA YANG SEBENARNYA CUKUP TULUS MENCINTAI DIRINYA.
Bagi memastikan segala kegusaran terhadap cinta itu, mungkin anda perlu membuktikan apa yang anda rasai itu. Sebabnya pasangan memang memerlukan perhatian dan pengertian bahawa dirinya dicintai.
TIDAK MEMINTA BALASAN
Cinta kepada pasangan semestinya adalah pemberian yang tulus. Cinta adalah ketulusan hati. Untuk itu, tidak selayaknya menyelitkan balasan untuk keuntungan atau kesenangan sendiri. Jangan selalu berharap di kala anda mencintai pasangan, anda akan mendapat perhatian yang sepenuhnya dengan psangan atau berharap pasangan tidak melakukan kesalahan. Harapan ini hanya menyakitkan hati sendiri.
Ingat lah mencintai pasangan bererti anda ‘hanya’ member, jadi jangan mengharapkan balasan. Imbalan balik daro psangan akan dating dengan sendirinya bila anda tulus mencintainya.
JANGAN MENUNTUT
Jangan cemari hati dan cinta dengan tuntutan yang pelbagai. Apalagi menuntut sesuatu yang tidak mingkin akan diberikan oleh pasangan seperti kemewahan yang berlimpah ruah.
Terlalu banyak menuntut selalunya mempunyai maksud untuk kepentingan peribadi. Ia tidak akan mampu mematangkan perhubungan malah boleh menhancurkan jalinan kasih yang dibina. Apabila ini berlaku kesetiaan anda pun akan luntur. Jadi jangan banyak “menuntut” sebaliknya andalah yang harus belajar untuk memberi yang terbaik kepada orang lain, termasuk kepada pasangan, melalui cinta anda.
JANGAN TAKUT DIKECEWAKAN
Tidak selamanya sebuah perhubungan itu sentiasa bahagia atau gembira. Ada masanya dilanda kekecewaan mungkin kerana salah faham, perasaan tidak puas hati dan sebagainya hingga mengguris perasaan. Namun, jangan takut anda sebenarnya dapat mendewasakan diri dari “luka-luka kecil” seperti ini.
Bila anda sudah mampu menghadapi situasi ini anda tetap akan setia terhadap cinta anda. Cintailah yang akan menghiburkan anda dari kelukaan hati. Cintalah yang akan membuatkan anda bersemangat untuk bangkit dari kekecewaan. Kesetiaan terhadap cinta inilah yang akan terus menguatkan hubungan kasih anda dengan pasangan.
JADILAH PENGHIBURNYA
Tempatnya cinta adalah hati. Bila hati sedang terluka, seseorang memerlukan hiburan. Begitu juga jika hati pasangan anda sedang berduka, hiburkanlah dirinya. Cinta andalah yang akan mengerakkan diri anda untuk menyenangkan hati pasangan. Namun perkara itu tidak dapat anda lakukan sekiranya anda tidak dibekalkan dengan kesetiaan.
FAHAMI HATI SEPENUHNYA
Manusia tidak selalu berada dalam situasi yang menyenangkan. Seperti diri anda juga, pasangan akan menghadapi masa-masa sukarnya. Justeru bila pasangan berada dalam keadaan ini fahamilah hatinya.
Jangan pula anda memburukan lagi keadaan hatinya sebaliknya cuba bantu dirinya melalui masa sukarnya. Jangan sesekali juga membiarkan pasangan sendiri mengharungi kepayahan hidupnya. Setialah berada disisinya. Hanya dengan cara ini pasangan akan lebih mencintai anda.
SYUKUR ATAS APA YANG TERJADI
Setiap yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan apa yang anda berdua lalui. Jangan mengeluh ataupun kecewa menghadapi kesukaran hidup, konflik dan sebagainya. Ucapkan syukur atas kurniaanNya kerana member pengalaman yang mewarnakan hubungan anda sekali gus member pengajaran dan kedewasaan.
MATANG DALAM TINDAKAN DAN FIKIRAN
Setiap kali membuat keputusan dan bertindak, fikirkanlah juga kesannya kepada pasangan anda. Selain itu kematangan juga bererti anda mengunakan keyakinan diri dalam menghadapi apa jua yang berlaku. Kematangan juga akan membuat anda setia kepada pasangan tanpa digangu gugat dengan perkara-perkara yang tidak pasti. Untuk itu, berusahalah untuk matang dalam fikiran dan tindakan, agar kesetian terhadap cinta terus pula berkembang. Hubungan kasih pun akan semakin kuat dan mandiri.
TEGUH DALAM HARAPAN
Cinta tanpa pengharapan tentu akan sia-sia. Hidup takkan bergerak ke depan tanpa harapan. Anda dan pasangan juga seakan tidak memiliki focus kearah yang lebih baik lagi. Anda juga tidak akan dapat menambahkan sedikit demi sedikit makna cinta dalam hidup anda. Untuk itu, milikilah harapan dan berusahalah untuk selalu mewujudkanya. Cara ini anda akan tetap setia kepada cinta anda, kerana harapan andalah yang mendorongnya. Tanpa setia dalam cinta, anda tidak akan ghairah alam mewujudkan harapan-harapan anda, terutama harapan agar hidup penuh kasih saying dengan pasangan.
PANDUKAN KATA DAN PERBUATAN
Cinta sebaliknya tidak hanya disimpan dibibir saja. Jangan juga hanya diungkapkan dengan kata-kata yang indah. Sebaliknya selaraskan kata-kata dnegan perbuatan anda hingga makna cinta itu dapat dirasai bersama pasangan. Inilah yang membuktikan kesetiaan dan cinta anda pada pasangan.
10 Tanda Jodoh Kita...
1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”
Monday, March 22, 2010
Rukun Iman
Rukun Iman:-
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
4. Percaya kepada Kitab-Kitab
5. Percaya kepada Hari Akhirat
6. Percaya kepada Qada' dan Qadar
1. Percaya kepada Qada' dan Qadar
Kewajipan beriman kepada Qada' dan Qadar sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa’. Namun begitu, Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di dalam al-Quran berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain iaitu:-
“ " Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)[2] ”
Dalil Hadis tentang Rukun Iman
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
“ " Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin.
Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit.
Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?
Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan solat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan.
Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu.
Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu?
Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah.
Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10)[3]
”
Sunday, March 21, 2010
~Doa Untuk Kekasih~
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
Monday, March 15, 2010
NASIHAT TENTANG CINTA
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.
Bersedekahlah, dan lalukan dengan penuh ikhlas.
KEDUA.
nikahilah perempuan/ wanita yang senang diajak berbicara atau berdiskusi. Hal ini sangat penting dalam menjalin komunikasi dikala usia semakin tua.
KETIGA.
janganlah mudah percaya pada informasi atau gosip yang anda dengar. Berbelanjalah sesuai keperluan, tidurlah sesuai keperluan.
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ” Aku Cinta Padamu”, maka lakukanlah kerana itu adalah janji..
KELIMA.
apabila mengatakan, “Maaf”, pandanglah matanya.
KEENAM.
tunanganlah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda menikah.
KETUJUH
Percayalah pada cinta pandangn pertama
KELAPAN.
jangan mentertawai impian orang lain, kerana manusia tanpa impian sama dengan tidak memiliki apa-apa
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Meskipun seolah-olah anda merasa tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya yang melengkapi kehidupan ini.
KESEPULUH.
jika bertengkar, bertengkarlah secara aman, dan jangan menyebu-nyebut nama orang lain ketika bertengkar.
KESEBELAS.
janganlah menilai seseorang berdasarkam keperibadian keluarganya.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanya tentang persoalan yang anda tidak suka, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,”Kenapa anda ingin tahu?”
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahwa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda mengalami kerugian, janganlah menjadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
janganlah selalu membenarkan pertikaian, kerana itu dapat merosakkan persaudaraan.
KESEMBILANBELAS.
Apabila anda menyedari bahwa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berkelit untuk mengaku kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon, kerana pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
sediakan waktu untuk anda sendiri
ADA APA DENGAN CINTA?
1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyadari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
Subscribe to:
Posts (Atom)