Sunday, November 15, 2009

Merindu Dalam Kelukaan....





Tahun ni rasanya tahun yang membawa cabaran pada diriku ini..banyak benda yang harus saya hadapi tahun ini...eghh...oh tuhan tolong lah saya..saya tak tau mcm mana nak menghadapi semua ini seorang2 god..saya rasa lemah sangat.


Rasanya ini adalah masalah yang amat sukar utk saya menghadapinya...bermula dgn harapan dari seseorang yg benar2 mengharapkan sesuatu yang tak pasti...haruskah saya teruskan???? hanya tempat ini sahaja saya bleh kluarkan kemarahan saya ini....sebenarnya saya marah sangat dengan nizam...yelah kami bukanlah dekat bah...kami berjauhan..kenapa susah sangat dia mau paham dengan saya ni? ah....sa tak kira bah sms dia hari2 atau call dia hari2 yang penting kami dapat berhubung...ini mau sms dia pun terima bls sms dari dia pun mau 1 or 2 pagi baru terima...ari 6 or minggu patut kami abiskan masa utk sama2 ni tak macam ari2 biasa aja....sedihnya saya...arghhh..bagus awal2 jgn dulu jumpa family bah kan...ini dia bagi saya harapan tapi lama2 dia yang indak pandai jaga hati.....mcm tawar uda hati saya mau sama2 dia ni....dua tiga ari uda saya tunggu sms dari dia tp tak juga dia sms2......arghhh...


sedihnya hati saya bila pergi church indak dapat tabda salib....kenapa bah sa ni? kenapa bha sa buat semua ni.....selagi belum pasti kenapa saya harus ubah? tapi saya sangat2 sayang dia god...rasa macam tidak sangup kecewakan dia kerna sa tau sa paksa juga kena sakitkan hati dia 1 ari nanti....arghhhh....


god please lah...kuatkanlah saya god....izinkanlah saya buat keputusan dengan yang terbaik god...please...


kalau saya terpaksa undurkan diri dan membawa diri...saya rela god....sebab kalau semakin lama saya teruskan ni semakin sakit orang sekeliling saya nanti...owh sakitnya hati ini utk tinggalkan dia....arghhhh



god tabahkanlah hatiku dan hatinya......semoga dia berbahagia selalu god....

Sunday, October 18, 2009

Menuju Alam Perkhawinan








Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K’ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal”, “Kelas”, “Kufu”, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin”.

KENAL
Kita disuruh kenal/ta’ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Omar
“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi…
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?”

Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi “Pernahkah kamu bermu’amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya” Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya….
Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.

KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-

“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan”
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.

Rasulullah memberitahu:-

“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu”

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat ” Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki” Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga. Hadis Nabi ada menyatakan:-

“Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya.”

Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya, Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.

“Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya” Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-

“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik”

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ….Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA”. Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga…

Thursday, October 15, 2009

Terpaksa Memilih





Still now...i'm still tak dapat buat keputusan secara betul. tak tau kenapa bleh jadi macam ini. keputusan ku asyik berubah2....adakah aku tidak percaya padanya atau indak yakin pada cinta yang dia beri pada diriku ini......adakah aku sahaja yg merasa sebegini atau pun dia juga merasa sama apa yg saya rasakan ini?


oh tuhan begitu berat dugaan yang tuhan bagi ini, melibatkan perasaan dan juga agama....dimana agama yang satu2nya sukar utk saya lupakan.......saya sayangkan dia sangat2....tapi saya juga sayangkan agama saya......saya tak nak kehilangan kedua2nya...tapi sa sedar....sa tak bleh memilih kedua2nya.....saya harus pilih satu....saya pasti sekiranya keputusan sudah diambil maka ada pihak yang akan terluka........sukar utk saya buat keputusan buat waktu ini......tapi sampai bila saya nak buat keputusan...apa2 pun saya kena buat keputusan secepat mungkin.


god.....berilah saya petunjuk god....sememangnya buat masa ini saya begitu lemah utk buat keputusan sekarang ini....bagilah saya ruang supaya saya boleh membuat keputusan dengan baik.

God,
I pray for you god
please give me strange to choose best solution on this problem
please protect us god..our family n relative.


i hope that god will bless my relationship with him

god i really love him god......please bless us...

Amen...




Wednesday, October 7, 2009

Pengertian Cinta



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda
meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ia akan
gagal kerena perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa
dan biarkan ia kekal. Jangan sesekali terfikir untuk
mengubah apa-apa tentang dia kerena sekali anda mengubah, selamanya
anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda
terpikat padanya kerena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk
anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk
menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi
cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali coba untuk
mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan
jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerena kelak,
yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya
cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya
di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerena
dia telah cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita
juga mau begitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa
meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika
anda sendiri tidak dapat menerimanya, apa lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerena selama-
lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu
adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya
untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya,
nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan
hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup
seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri, memenangi hatinya
bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak
anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir
hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahwa
anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha untuk memenangi cintanya,
maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai
dirinya dengan apapun keadaan.

Monday, September 28, 2009

Next Stage (Love)





Uda 9 shawal hari raya disambutkan....wah rasanya baru kelmarin aja saya start berpuasa ni tiba2 dah pun raya...hehe...tapi tahun ini membawa kegembiraan bagi diri saya....nak tahu kenapa....tahun ni banyak benda atau acara yang berlaku dalam hidup saya...hehe


~16 may 2009~

Setelah dua tahun lebih tidak berjumpa buat pertama kalinya kami berjmpa semula....time tu pun dia blk sbah...jadi kesempatan itu kami guna utk menunaikan janji yg sekian lama dibuat tp bru tahun ni dapat ditunaikan..hahaha...funnykan...janji mau g makan burger king aja bah...hahaha..tu pun mau ambil masa sampai 2 tahun lebih utk ditunaikan.....hahaha...jadi masa tu kami kluarlah bersama..tapi sa tidak minta ambil d rumah sbb sa rasa sa blum bersedia lagi mau kenalkan dia pada kluarga sa...sa minta ambil d dongs aja..heheh...takazut beruk juga sa bila sa jumpa dia...wah cubby sgtlah dia..tapi still look hemsem lah...ekekek...so masa tu kami p sna karamunsing...dia bli game disk utk abng dia...pastu kami p makan d kfc...nak p makan d mc donald tp time tu ada kawan dia d sna...so terpaksa tukar p kfc..kec pun kfc lah...yg penting mamam..ekekek...bnyk jugalah benda yang kami critakan....tapi tidaklah cakap serius sgt....bab bru juga jmpa kan so ckp pun yg simple2 aja.....pastu kami beredar p segama mau bli mum dia punya hadiah during mother's day....rupanya dia blikan mum dia bunga sejambak...mahal juga owh...RM100...Hehe..tp sa rasa dia mimang tdk kisah..bab dia mmg sayang mum dia tu...mcm saya jugalah...huhu...tp time tu mau juga tunggu lebih kurang setengah jam utk siap tu bunga..so kami p jln2 d wisma merdeka...time tu lah kami bercerita2...bual kosong lagi....huhu...pas uda siap tu dia pun hantar sa blk umah.....masa tu sa tak rasa apa2....yg sa tau sa happy dpt kluar ngan dia..dalam pikiran sa, sa rasa ini maybe last kami dpt klaur sama2...maklumlah dia tu hensem...tentu dia malu mau kluar ama sa kan....apa yang sa bleh ckp sekiranya ada jdoh takkan kemana2 kan......lupa lak....sebelum dia hantar sa blk umah tu dia ada bagi sa postcard yg sa minta n juga hadiah...tp masa tu sa x mau tgk apa hadiah yg dia bagi bab sa mau tgk d umah...pas smpai umah tu sa tgk apa yg dia bagi...takazutnya saya...dia bagi sa rantai leher....owh..terharu jugalah....pastu sa sms dia ucap thanks ngan dia....hehe...pastu besok pagi tu sa x sms dia bab sa tau waktu tu dia ngan family dia....pastu time dia smpai kl uda dia sms sa ckp yg dia uda smpai kl....wah berbunga2 hati saya...bab ingat juga dia kat saya ni ah...hahaha...start dari sana kami bersms hampir setiap hari bah...smpai skrg....


masa sebelum raya dia ada sms dgn saya..dia kata.."masa raya ko datanglah beraya di rumah ku jmpa kluarga ku, nak tak?" dan saya jawap pada dia " kita ajaklah rakan kita yg lain beraya sama supaya taklah aku rasa janggal sgt.". dia telah tunaikan permintaan saya ajak rakan2 yg lain...hehe....terharu lagi aku.....

~21 September 2009~

Merupakan saat ari raya kedua.....mulalah aku bertandang ke rumah c dia....wakaka...banyak kelakar yg telah berlaku........tp biarlah aku dan c dia aja yg tau kelakarnya itu...huhu...

~26 September 2009~

Kami kluar berdua again....time tu dia kata nak get serius......bah maka kami pun berjanji akan lebih serius...huhu

kita tunggu ajalah apa akan berlaku next ya...

aku berdoa pada tuhan agar tuhan bagi sa petunjuk dlam perhubungan kami ini...amin..:)


Thursday, September 17, 2009

Confius!!!!



Semakin dekat hari nak raya, semakin hatiku rasa dup dap dup dap....haiyah...aku pun tak tau napa leh jadi mcm ni...adakah kerana dia bawa aku pergi jumpa keluarga dia yg menyebabkan aku jadi mcm ni???? Bukan aku tak suka, aku punyalah happy sangat masa dia kata nak ajak aku jumpa dgn family dia tp bila dekat saat tu, semakin aku rasa takut pula...yelah takut indak diterima, takut diperkatakan sesuatu yang tak elok pada diri sa dan mcm2 lagi lah.


Takkanlah aku nak cari alasan lagi mcm tahun2 sudah. Hehe...tahun2 sudah aku banyak cari helah utk tidak jejakkan kaki aku ke rumah dia....alasan balik kampung lah, pergi rumah kakak kat tawau lah, dan sakit. Tapi nampaknya mamat ni tak pandai putus asalah. dia tetap ajak aku g rumah dia. Tapi adakah tahun ini, aku wajar pergi kerumah dia, dan buat pertama kalinya aku ajak dia jumpa dengan family ku. Sebelum ini aku tak pernah ajak kawan lelaki aku datang rumah dan perkenalkannya pada kedua orang tua ku, tp aku pun tak tau kenapa sekarang ni aku bersedia untuk bawah dia bertemu dengan keluarga ku. Adakah dia merupakan "Mr Right" aku?????????


jawapannya hanya akan diketahui selepas kami berjumpa dengan keluarga masing2. arghhh...aku takut.


Apa keputusan yang bakal aku buat selepas pertemuaan ini?


1. Adakah kami akan ke stage yang seterusnya?
2. Adakah kami akan mengikat tali perkhawinan tahun ni juga? (tapi soalan ni memang tak mungkin terjadi tahun ni)..hehe
3. Adakah lepas ni hubungan ni akan terhenti sampai di sini sahaja? (Kerana halangan keluarga)
(Dapatkah aku terima sekiranya semua ini berlaku? kuatkah aku utk menempuhi semuanya ni?)
4. Adakah hubungan kawan akan bertukar pada hubungan yg lebih serius lagi?
5. Bolehkah hubungan ni diteruskan sekiranya kami masi lagi berjauhan?


banyak lagi soalan yang bersarang dikepala ku tapi tak dapat aku keluarkan semuanya...

aku hanya mampu berdoa semoga jalinan yang terjadi ni adalah atas dasar cinta dan bukannya simpati. Sekiranya perhubungan ini terpaksa dihentikan, kuatkanlah aku untuk menghadapi semuanya ini...Amen.

Monday, September 7, 2009

Counting the day...













Hari yang ditunggu-tunggu bakal menjelma....alahai..aku pun tak tau macam mana nak buat ni...teman lelaki ajak jumpa keluarga musim raya ni...hati ku dup dap dup dap.

Apa yang aku harus buat ni...klau kata blum bersedia apa pula kata teman lelaki ku tapi sekiranya aku terima perlawaan itu aku pula yang rasa gementar....
aku kena juga menghadapi saat ini cuma aku perlu sedikit masa lagi utk menyediakan fizikal dan mental ku semasa aberhadapan dgn familynya kelak.

Pelbagai persoalan yg bermain dalam kepala otak ku pada saat ni...dapatkah mak bapaknya menerima ku seadanya...yelah aku ni bukanya cantik sangat...kluarga ku pun biasa2 aja....dan aku pun blajar taklah tinggi sangat...dan kerja pun biasa2 aja...... sebagai persediaan aku cuba tanya2 teman lelaki ku, bagaimanakah jenis keluarganya...yelah baik ada pendedahan awal kan tak lah aku rasa kekok yang teramat nanti masa berdepan dengan mereka nanti..... klau bleh aku taknak pikir sangat pasal perkara ni...yelah tapi apa2 pun aku tetap kena pikir juga.

Raya dah nak dekat dan tak lama lagi teman lelaki ku akan balik beraya n masa tu lah dia akan mengajak aku berjumpa dgn kedua-dua ibu bapanya...dan pada masa tu juga aku akan memperkenalkannya kepada keluarga ku....
harap keluarga ku dapat trima dia walaupun kami tak datang dari agama yg sama, aku berharap sangat ibu bapa ku dan adik beradik ku dapat terima perhubungan kami ni.... walau apa pun yg berlaku aku hanya mampu berserah pada tuhan....aku berharap semuanya berjalan seperti yang dirancang...berdoa juga agar tuhan pertemukan dan perkuatkanlah jodoh kami...Amin....

P/s: masi menghitung hari sehingga shawal menjelma...:)